H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Sidang Setiausaha Masih Ada Harapan

Masih Ada Harapan

E-mail Print PDF

Islam adalah manhaj kehidupan yang terang, jelas dan terbaik. Manhaj ini sudah cukup untuk membimbing manusia mencapai tahap ketinggian dan melayakkannya menjadi khalifah Allah Subhanahuwata’ala di muka bumi ini. Ramai manusia yang tersesat, melakukan ma’siat atau terseleweng daripada jalan yang terang dan jelas, sama ada disebabkan kejahilan, terpengaruh dengan suasana, tunduk kepada hawa nafsu atau terpesona dengan seruan yang sia-sia.

Penyelewengan-penyelewengan ini menurunkan darjat manusia dan menghalangnya daripada kesucian dan ketinggian. Akhirnya, jatuhlah nilai dirinya dan lemahlah tenaganya. Dan juga jatuhlah ia ke dalam suasana  yang menghalangnya daripada mengikuti kebenaran. Bilamana manusia sampai ke tahap ini, tiadalah rasa izzah terhadap risalah Islam yang tertinggi, cita-cita yang mulia dan contoh yang baik baginya. Seluruh tenaganya adalah untuk kepentingan dirinya, memuaskan nafsunya, mengutamakan dirinya dan menolak kepentingan orang lain. Di saat ini dunia kehilangan jiwa-jiwa dan contoh-contoh  yang baik. Manusia bertarung dengan sedahsyat-dahsyat pertarungan, lebih buruk daripada pertarungan di antara haiwan yang buas. Islam sentiasa menyeru manusia berpegang kepada kebenarannya serta berpaut dengan talinya agar tidak tersesat di dalam perjalanan dan tidak tersilap di dalam matlamat. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo’a): Ya Rab kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Rab kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rab kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. “

(Surah al-Baqarah: ayat 286)


Allah Subhanahuwata’ala mentaklifkan manusia supaya berkejar ke arah 'ismah setiap kali diri mereka lari daripada-Nya dan supaya mereka membersihkan diri setiap kali mereka melakukan dosa. Nabi Adam ‘Alaihisalam juga pernah melakukan kesilapan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

"Kedua-duanya berkata: Ya Rab kami, kami telah mengianiaya diri kami sendiri dan jika engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya kami termasuk di dalam orang-orang yang merugi. "

(Surah al-A'raf: ayat 23.)


"Kemudian Rabnya memilihnya, maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk ."

(Surah Taha: ayat 122)


"Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Rabnya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubatnya lagi Maha Penyayang. "

(Surah al-Baqarah: ayat 37)


Islam sentiasa membuka pintu harapan dan mengajak mereka yang telah melakukan dosa supaya bertaubat dan meminta keampunan daripada Allah Subhanahuwata’ala (dengan beristighfar kepada-Nya). Allah Subhanahuwata’ala mengampuni mereka walau sebesar mana sekali pun dosa mereka. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

"Dan barangsiapa yang melakukan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun daripada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "

(Surah an-Nisa: ayat 110)


Firman Allah Subhanahuwata’ala di dalam sebuah hadith al-Qudsi (yang bermaksud):

"Allah berfirman: Wahai anak Adam, selagi engkau berdoa terhadap-Ku dan bergantung harap kepada-Ku, Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam walaupun dosamu memenuhi awan di langit, kemudian engkau memohon ampun daripada-Ku, Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi dan engkau berjumpa dengan-Ku dalam keadaan engkau tidak syirik pada-ku sedikitpun, maka Aku akan datang kepadamu sebanyak itu juga dengan keampunan. "

SU HALUANSiswa Nasional
Ust Muhammad Muzakkir Bin Che Ani
http://www.tinta-tarbawi.blogspot.com/

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 3 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday59
mod_vvisit_counterYesterday512
mod_vvisit_counterThis week1909
mod_vvisit_counterLast week3289
mod_vvisit_counterThis Month7839
mod_vvisit_counterAll days342776