H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Salam Perantau Lidah Itu Senduk Hati

Lidah Itu Senduk Hati

E-mail Print PDF

” Lidah itu adalah senduk hati. Apa sahaja yang ditutur oleh lidah itu disenduk terus daripada hati”

Itulah sifat lidah. Jika pemilik lidah itu menuturkan kata-kata yang tidak baik,kata-kata yang kurang sopan atau tidak bermanfaat, maka sebenarnya ia adalah lahir daripada hatinya. Biarpun Si penutur tadi adalah seorang ustaz, seorang penyanggak atau seorang saintis sekali pun.

Ini bertetapan dengan sabda Rasulullah SAW ,

Di dalam jasad manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasad. Jika buruk daging itu maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa daging itu adalah qalb.

Qalb di sini bermaksud hati. Mana mungkin seorang yang hatinya dekat dengan Allah tetapi manusia tidak terselamat dengan kata-kata buruk daripada lidahnya?

Sebab itu sebagai seorang mukmin kita kena sentiasa berwaspada dengan apa yang kita tuturkan. Pertuturan tidak terhad kepada kata-kata yang keluar daripada lidah sahaja, malah ia merangkum juga kepada kata-kata berbentuk tulisan. Apa yang kita tuturkan dan apa yag kita tulis sebenarnya adalah apa yang tertanam dalam hati kita ketika itu!

Sedih apabila melihat jiwa-jiwa Islam ini  yang tidak menjaga lisannya. Kadang-kadang perkataan serta panggilan buruk diberikan kepada orang lain. Atau mungkin juga gurauan-gurauan yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang muslim.

Lebih menyedihkan apabila kita menyalah gunakan teknologi yang ada seperti Facebook, email dan Friendster untuk menghentam, mengumpat atau melontarkan kata-kata yang tidak baik kepada orang lain. Ingatlah setiap daripada tutur kata kita ini walaupun dalam bentuk tulisan, akan Allah balas setimpal dengan tindakan kita. Sedangkan setiap detik hati kita ini pun tidak disia-siakan Allah sebagaimana firmanNya,

“…Jika kamu menyatakan apa yang ada dihatimu atau kamu sembunyikan, nescaya Allah memperhitungkannya (tentang perbuatan itu) bagimu…” Al-Baqarah: 284

Tolonglah supaya jangan lagi ada yang berkata,

“Ini blog aku, suka hati akulah nak tulis apa pun!”

” Ini profil aku, suka hati akulah untuk hentam sesiapa pun.”

Bukankah jika berlakunya situasi ini, merupakan satu urgensi bagi kita untuk memeriksa kembali hati kita. Mungkin sahaja masih banyak karat-karat jahiliah yang harus cepat-cepat kita kikiskan kembali. Ayuhla para mukmin yang mengaku dirinya sebagai daie, koreksi kembali hati kita!

Berkatalah baik atau diam sahaja.

Wallahualam.

Mukminah Mujahidah, London, UK

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 11 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday37
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2647
mod_vvisit_counterLast week3253
mod_vvisit_counterThis Month4591
mod_vvisit_counterAll days291555