Aku Janji Pendaftaran
Adalah menjadi sesuatu yang sukar untuk Admin dan team HALUANSiswa Blogger United untuk melihat dan memantau setiap blog yang dihantar pada setiap masa. Oleh itu, setiap isi kandungan di dalam blog anda merupakan pandangan dan pendirian penulis blogger itu sendiri, ianya bukanlah pandangan dan pendirian admin, webmaster dan team HALUANSiswa. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap isi kandungan di website lain.
Anda bersetuju untuk tidak memaparkan kandungan artikel berunsur fitnah, hasutan, propaganda ancaman, artikel lucah, artikel yang bertujuan memalukan mana-mana individu atau pertubuhan juga artikel yang boleh mencetuskan sebarang huru-hara, artikel yang melanggar undang-undang termasuk undang-undang persekutuan atau tempatan, yang tidak selari dengan perlembagaan dan artikel yang menyebabkan timbul liabiliti sivil dan jenayah juga dilarang. Kami akan mengambil tindakan segera sekiranya anda melanggar peraturan di atas.
Anda bersetuju bahawa webmaster, administrator and team HALUANSiswa mempunyai autoriti untuk mengeluarkan anda dari direktori pada bila-bila masa sahaja sekiranya tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Sebagai pengguna, anda bersetuju bahawa maklumat yang anda berikan boleh disimpan di dalam database kami. Maklumat anda kami tidak akan sampaikan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan anda. Webmaster, administrator dan team HALUANSiswa tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan yang membawa kecurian maklumat peribadi anda.
Pendaftaran









