H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Minda Siswi Tips Melakukan Perubahan

Tips Melakukan Perubahan

Semua orang ingin berubah, tapi susah nak berubah. Kenapa?

Perubahan bukannya seronok, sebab perubahan memerlukan satu proses yang panjang dan perlukan pengorbanan. Pengorbanan dari segi emosi, masa, tenaga, dan pendirian yang terlalu lama terpasak dalam diri. Proses yang bagaimana? Tentu sahaja proses tarbiyah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Bila nak berubah, sudah pasti akan menerbitkan konflik dalam diri dan persekitaran. Konflik dalam diri terjadi bilamana kita mesti pertahankan kebaikan yang lakukan. Konflik luaran terjadi bilamana tiada suasana yang baik dalam reality masyarakat dunia. Yang baik-baik sahaja hanya ada di syurga. Dunia merupakan tempat pertembungan antara yang baik dan yang jahat. Jadi tentu sahaja sangat sukar untuk berubah.

Ketiga-tiga perkara di atas merupakan faktor utama mengapa perubahan itu susah untuk dilakukan walaupun kita tahu yang kita perlu berubah.

Mari kita perhatikan kehidupan kita, sekiranya kita hidup dalam takuk yang lama dan tidak berubah, kita akan jadi tidak selesa. Berubahlah untuk cari momentum baru, keselesaan baru dan tenaga yang baru.

Kenapa susah sangat nak berubah ni? Boleh bagi tips tak?

Kata kunci untuk sindrom susah berubah adalah LEMAH PENDIRIAN. Ciri-ciri orang yang lemah pendirian apabila berkata, dia tidak berhati-hati. Kita, apa yang kita perkatakan. Kata-kata kita merupakan satu doa. Setiap kata-kata kita akan memberi kesan terhadap fikiran serta sikap kita. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh seorang Professor air yang berasal dari Jepun, kata-kata yang baik yang kita tuturkan sebelum kita minum air, akan mengubah molekul-molekul air menjadi indah, cantik dan baik. Apatah lagi jika kita sentiasa berhati-hati dalam tutur kata kita dan sentiasa menuturkan kata-kata yang baik, sudah tentu kita mudah untuk berubah menjadi yang lebih positif.

Orang yang tidak mentaati pemimpin juga merupakan orang yang lemah pendirian. Kepimpinan berlaku di dalam dan di luar diri. Contohnya, mentaati ibu bapa jika berada di rumah, mentaati arahan bos jika kita dalam satu organisasi merupakan kepimpinan yang perlu ditaati di luar diri kita. Adakah kita taat? Begitu juga, taat terhadap kepimpinan di dalam diri. Dalam diri kita ada sebuah kerajaan yang dipimpin oleh hati yang bersih. Sedangkan akal, nafsu dan segala anggota adalah tentera dalam kerajaan diri. Hati yang bersih tidak akan silap dalam menilai antara baik dan buruk, semuanya bergantung kepada tentera-tentera dalam diri samada untuk taat atau ingkar.

Berubah memerlukan pengorbanan, sedangkan orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang lemah pendirian. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk berubah, yang paling payah dan susah adalah berkorban untuk mengubah pendirian, apa yang dipercaya dalam kehidupan. Pengorbanan untuk berubah perlu ada untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, suasana dan kebaikan yang baru.

Orang yang lemah pendirian adalah orang yang mudah terpengaruh dengan scenario sekelilingnya. Oleh itu, benteng pertahanan atau pagar perlu ada supaya diri tidak mudah dipengaruhi.

Benteng? Bagaimana hendak kita letakkan benteng itu supaya tak terpengaruh?

Keyakinan kita terhadap agama adalah penting dan itu merupakan perkara yang paling asas untuk dijadikan benteng. Didikan agama oleh ibu bapa juga menyumbang besar kepada pembentukan benteng yang kuat dari terpengaruh oleh anasir-anasir yang tidak soleh. Seterusnya, tentu sahaja kelompok social dan masyarakat yang baik. Ketiga-tiga benteng ini perlu sentiasa diperbaharui dan dikukuhkan. Umpama pagar rumah kita, tidak selamanya pagar itu kukuh dan dapat bertahan. Boleh jadi pagar rumah kita rapuh, longgar dan berkarat. Begitu juga dengan iman yang ada dalam diri, pendidikan ibu bapa kepada keluarga perlu sentiasa diberikan dan di upgrade isi kandungannya, dari situ, terbentuklah sebuah masyarakat yang soleh. Hanya melalui tarbiyah dan da’wah sahaja mampu untuk membina benteng yang kukuh ini. Dimana proses pembentukan individu yang soleh di bina, seterusnya, pembentukan baitul muslim dan masyarakat yang soleh.

Perubahan, bagaimana dan dari mana mahu bermula?

Pasti ramai yang akan menjawab,

“Tentu sahaja dari dalam diri sendiri”

Betulkan?

Berubahlah dari dalam ke luar, baru perubahan itu akan konsisten lama dan berterusan dalam hidup kita. Perlu diambil kira juga, momentum dari luar ke dalam. Perubahan pasti Berjaya sekiranya ada motivasi (outside) dan penjanaan dalam diri (inside). Melalui program Neuro Linguistic Programme (NLP), telah dijalankan satu kajian, di mana dari hasil kajian itu kita tahu bahawa sekiranya kita ubah fizikal kita, kita akan merubah diri kita kepada yang lebih baik, di mana kita mampu mengubah emosi dan tenaga dalaman kita. Cuba paksa diri kita untuk senyum setiap pagi, insya Allah, kita mampu untuk positif sepanjang hari. Cubalah.

Kita perlu orang yang kedua atau ketiga untuk berubah, sebagai contoh, kita mahu mendalami ilmu agama, kita perlukan seorang ustaz untuk membantu kita. Carilah pakar yang dapat memberi momentum dari luar ke dalam diri kita. Bantuan keluarga dan sekeliling juga perlu diambil kira, dari situ wujud tenaga luar untuk berubah.

Sebagai kesimpulan, mari kita dalami kata-kata ulama’ ini:

“Kalau hendak memulakan sesuatu, mulailah dengan sesuatu yang kecil, dari diri sendiri dan mulailah sekarang”

Kuasa berubah ditangan anda, jadi berubahlah kearah kebaikan!!

Sumber: quantumbidadari.blogspot.com

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 12 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday226
mod_vvisit_counterYesterday227
mod_vvisit_counterThis week708
mod_vvisit_counterLast week1318
mod_vvisit_counterThis Month3299
mod_vvisit_counterAll days505948