H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Minda Siswi Bersama Membumi Ukhwah Islamiyah

Bersama Membumi Ukhwah Islamiyah

E-mail Print PDF

Alhamdulillah.. pertama-tamanya dan buat selama-lamanya...hanya padaNya kita panjatkan syukur..

Alhamdulillah..

Rekreasi Nasional Siswi atau lebih singkatnya dikenali sebagai RESS 2010 telah berjaya dijalankan...Dengan bertemakan "Tautan Ukhuwwah Menuju Mardhotillah". Berehlah dan berukhuwwah.

<

Bukanlah saya yang selayaknya untuk berkongsi..tapi saya berpegang pada satu "sebarkanlah walau satu ayat".. Saya share juga apa yang saya dapat.. buat sahabat2 saya, disini saya kongsikan satu slot kultum (kuliah tujuh minit) yang disampaikan oleh Kak Hanisah pada suatu pagi selepas solat subuh dan al-mathurat berjemaah.

Tajuk yang Kak Sah share kan kepada kami ialah "Bersama Membumi Ukhwah Islamiyah"

Objektif-objektif yang tersirat dalam yang tersurat adalah:

1. Memahami tuntutan Ukhuwwah Islamiyah

2. Berusaha Meningkatkan Kualiti Ukhwah

3. Merasa bahagia bila dapat membumi Ukhwah.

Tiada Ukhwah tanpa iman dan tak sempurna iman tanpa ukhwah.

Seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Hujurat: 10

" Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kpd Allah agar kamu mendapat rahmat.Surah Al-Zukhruf:67

" Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa."

 

Antara kelebihan-kelebihan orang yang Berukhuwwah kerana Allah

1. Wajah mereka akan bercahaya

2. mendapat lindungan Arasy Allah

3. Dilimpahi Kasih Allah

4. Dapat merasai halawatul iman (kemanisan iman)

 

ayuh.... sama-sama kita mempraktikkan...

Selain itu, tugasan kami selama 3 hari 2 malam ini adalah menghafal sepotong hadith dan 2 ayat Al-Quran.

 

Hadith yang maksudnya:

"Sungguh pelik urusan orang mukmin, semua perkara baginya baik belaka, Semua ini tidak didapati oleh orang lain kecuali orang-orang mukmin.: Kalau dia mendapat kesenangan dia bersyukur itulah yang lebih baik baginya,

dan jika dia ditimpa sebarang kemudhoratan, dia bersabar itulah yang lebih baik baginya."

 

Surah A-An-am: 153:

"Sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka hendaklah kamu ikutinya, dan janganlah kamu ikut pelbagai jalan (lain), ini boleh memecahkan kamu dari jalanNya, demikian kamu dipesankan denganNya semoga kamu bertaqwa.'

Antara aktiviti lain adalah jungle tracking. Walau keadaan cuaca pagi itu hujan, tidak membatalkan program jungle tracking kerana semuanya telah dijadualkan..telah diprogramkan.. Disinilah kami melihat alam.. meredah hujan, air terjun.. Subhanallah... Sejak berada di kota lamanya sudah tidak berada dialam kehijauan..

Sumber

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 9 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday54
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2664
mod_vvisit_counterLast week3253
mod_vvisit_counterThis Month4608
mod_vvisit_counterAll days291572