
YAN, 25 Julai – Seramai 59 mahasiswa dari USM, UiTM, KUIN, UUM, Politeknik Syed Sirajuddin,
IPDA serta beberapa Institut Pengajian lain telah berhimpuan di Kem KAMC pada 22 – 24 Julai yang lalu bagi menjayakan Program Mahasiswa Rabbani 4. Program ini dianjurkan oleh HALUANSISWA Zon Utara (HS Utara). Bermatlamatkan mengeratkan hubungan silaturahim sesama peserta yang dari berlainan IPT dan dapat membina kesedaran Islam yang sahih dalam diri peserta. Melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan, memori indah lagi bermakna terpahat di hati setiap peserta.
Program bermula dengan para peserta dibahagikan kumpulan untuk mendirikan khemah dan memasak untuk makan malam mengikut kuumpulan masing-masing.
Pada malam hari aktiviti “Ice Breaking” dijalankan. Aktiviti ini dapat membina ukhuwah dan menyemai sifat percaya kepada rakan. Selain itu, para peserta juga memanfaatkan peluang dan ruang yang ada untuk berkenal-kenalan.
Program pada hari kedua dimulakan dengan qiamullail terpimpin dan solat subuh berjemaah. Disusuli dengan aktiviti “Negara Impian” yang begitu hangat dibincangkan oleh para peserta. Setiap kumpulan bersemangat berhujah mempertahankan Negara masing-masing.
Program diteruskan dengan slot penyampaian oleh Dr. Abdus Samad yang berkisar tentang Takrif Islam sebenar.

Aktiviti yang dinantikan oleh para peserta iaitu tracking atau berjalan lasak dijalankan sesudah solat zohor. Perjalanan mencabar bermula dengan mendaki Bukit Megat dan terus berjalan ke Batu Hampar. Para peserta menunaikan solat Asar di pusat peranginan Batu Hampar. Para peserta tiba di tapak perkhemahan sekitar jam 7.15 petang.
Keesokannya, selepas solat subuh berjemaah dan bacaan Ma`thurat, program diteruskan dengan sesi bengkel yang membincangkan masalah para pelajar di IPT. Sejursu selepas pembentangan bengkel, para peserta masak buat kali terakhir dan mengemas tapak perkhemahan secara gotong royong.
Ucapan penutup merangkap sesi terakhir buat para peserta disampaiakn oleh Cikgu Shafie. Pesanan Cikgu Shafie sangat bermakna buat para mahasiswa sebagai satu harapan bagi peserta agar bekalan mereka menempuh kehidupan pelajar yang mencabar. Para mahasiswa perlu merasai bahawa Islam didatangkan dari Allah, selanjutnya mereka harus menyambut seruan Islam sebagai satu perkara yang besar dalam hidup ini. Proses penyesuaian diri dengan Islam haruslah berlaku sepanjang hidup sebagai syarat minima memiliki cirri-ciri Muslim.Antara pesanan beliau “ jangan mengikuti kesalahan yang dahulu kalau nak berubah. Malah hasilkan sesuatu yang dapat diteladani oleh semua.”

PROASISR 4 kali ini membawa banyak kenangan dan pengalaman baru kepada para peserta. Peserta dapat merasai betapa besarnya hakikat dan nilai ukhuwwah yang dianjurkan oleh Islam dalam melaksanakan tuntutan kehidupan selaku seorang Muslim. Semoga bertemu lagi dalam redhaNya.
Disediakan oleh,
Nur Atiqah binti Azizol













