H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Utara Menyubur Mahabbah di PROASISR-2

Menyubur Mahabbah di PROASISR-2

E-mail Print PDF

KULIM, 30 Julai – Sejumlah mahasiswa dari USM, UiTM, KUIN, UUM, dan Politeknik Syed Sirajuddin telah berhimpun

di Eco Camp Park Resort, Sungai Sedim pada 30 dan 31 Julai yang lalu bagi menjayakan Program Mahasiswa Rabbani II atau lebih dikenali dengan PROASISR 2.

Bertemakan `Ta’aruf lantas berUkhuwwah’, program ini berjaya menyuburkan mahabbah sesama mahasiswa yang datang dari pelbagai latar pendidikan dan keluarga. Melalui pelbagai modul tarbawi yang dilaksanakan, nostalgia indah lagi bermakna terpateri di hati setiap peserta.

Selepas solat Subuh di hening Sabtu yang barakah, para peserta disajikan dengan taklimat program oleh wakil mahasiswa USM Kampus Kejuruteraan, Sdr Abdul Muta’al bin Nawawi. Pesan Sdr Abdul Muta’al, kehadiran para mahasiswa ke desa Sedim hendaklah bertuntaskan keikhlasan kepada Allah semata-mata. Sekiranya ada desakan lain, hati harus diproses agar ikhlas dan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah. Selain itu, para mahasiswa Islam yang hadir pada hari tersebut yang berjumlah 50 orang dinasihatkan agar memanfaatkan peluang dan ruang yang ada untuk berta’aruf dan berkenal-kenalan.

Selepas sesi heart setting, para peserta diberi peluang memanaskan badan sebagai persiapan menempuh hari tersebut yang penuh dengan debaran dan cabaran. Sejurus selepas sesi stretching, survival cooking pula menyusul. Sesi ice breaking dan team building diteruskan selepas para peserta selesai sarapan. Kedua-dua sesi tersebut bertujuan meningkatkan ta’aruf dan menumbuhkan kepercayaan terhadap anggota kumpulan.


Acara strategic planning pula melatih ahli pasukan supaya bersistematik, terancang dan bersepadu dalam menjayakan misi kumpulan. Hal ini bertepatan dengan kata-kata Saidina Ali R.A yang masyhur, kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kabatilan yang terancang. Kehidupan seorang mukmin jika tidak diatur dan dirancang, kaum muslimin sukar mencapai darjat ketinggian dan kejayaan.

PROASISR 2 diteruskan dengan sesi Kalimah Akhirah merangkap sesi terakhir buat para peserta sebelum masing-masing pulang ke kampus masing-masing. Pesanan Cikgu Sabri sangat bermakna buat para mahasiswa sebagai bekalan mereka menempuh kehidupan pelajar yang dikelilingi dengan fitnah dunia dan ujian keimanan. Para mahasiswa perlu merasai bahawa Islam didatangkan dari Allah, selanjutnya mereka harus menyambut seruan Islam sebagai satu perkara yang besar dalam hidup ini. Proses penyesuaian diri dengan Islam haruslah berlaku sepanjang hidup sebagai syarat minima memiliki ciri-ciri muslim. Kata Cikgu Sabri lagi, jiwa dan hati hendaklah diproses untuk tunduk pada kehendak-kehendak Islam.

PROASISR 2 kali ini pasti membawa banyak kenangan dan pengalaman baru kepada para peserta. Mereka merasai betapa besarnya hakikat dan nilai ukhuwwah yang dianjurkan oleh Islam dalam melaksanakan tuntutan kehidupan selaku seorang muslim. Semoga bertemu lagi dalam redhaNya.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 13 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday65
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2675
mod_vvisit_counterLast week3253
mod_vvisit_counterThis Month4619
mod_vvisit_counterAll days291583