H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Utara

HS Wilayah Utara

Kursus Kepimpinan HASIZU membentuk kefahaman mendalam

Sungai Petani, 5 Mei – Seramai 70 orang peserta daripada kepimpinan HALUANSIswa Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah menyertai Kursus Kepimpinan HALUANSiswa Zon Utara (HASIZU) pada 5 Mei 2012 yang lalu bertempat di Surau Al-Ikhwan, Kg Che Bema, Sungai Petani, Kedah.

Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman Islam yang lebih mendalam mengenai gerak kerja dakwah dan tarbiyah dan merangka gerak kerja dakwah kampus di IPT. Program ini bermula seawal jam 9.30 pagi dengan pengisian ceramah oleh Tn Hj Rosdi Baharom, Timbalan Pengurus Hal Ehwal Pelajar, Kolej Teknologi Darul Naim (KTD). Beliau telah menyampaikan 3 slot ceramah sehingga jam 4.00 petang.

Dalam slot yang pertama bertajuk “Perubahan secara meyeluruh”, beliau menegaskan kepentingan seorang daie (pendakwah) melakukan perubahan menyeluruh terhadap dirinya dan rakan-rakan di kampus untuk menjadi hamba Allah swt yang sebenar-benarnya.  

Read more...

   

Kembara wakil Haluansiswa hampir ke seluruh semenanjung

Alor Setar, Kedah. 12 Mei – Menyedari kepentingan peranan masa muda dan jauh perjalanan, luas pemandangan dan banyak pengalaman, beberapa wakil HALUANSiswa yang rata-rata dari pelbagai institusi

Read more...

   

HALUANSiswa P.Pinang Mendaki Puncak Keimanan

Kuala Kangsar, 9 April  – Seramai 21 peserta HALUANSiswa Pulau Pinang daripada Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan telah berjaya menawan puncak Gunung Bubu

Read more...

   

Program Riadah HALUANSiswa Kedah menyemai ukhuwah

Jitra, 23 Mac – HALUANSiswa Kedah dengan kerjasama HALUAN Kedah telah menganjurkan program riadah pada 23 Mac yang lalu di Tasik Darul Aman, Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Dengan kehadiran 8 siswa dan 15 siswi dari seluruh Kedah,

Read more...

   

Striker Mahabbah membina ukhuwah !

Jitra, 20 Mac – Menyedari kepentingan riadah bagi setiap muslim untuk menjaga kesihatan tubuh badan, HALUANSiswa Alor Setar telah menganjurkan perlawanan persahabatan bowling di antara ahli HALUANSiswa sekitar Alor Setar. 

Read more...

   

Program Mahasiswa Rabbani (PROASISR 4)

YAN, 25 Julai – Seramai 59 mahasiswa dari USM, UiTM, KUIN, UUM, Politeknik Syed Sirajuddin,

Read more...

   

Jaulah Ke Kolej Teknologi Darulnaim

PENGKALAN CHEPA, 27 Mei - Haluansiswa Zon Utara (HASIZU) telah mengadakan satu lawatan

Read more...

   

PROASISR 3 Membentuk Generasi Harapan

Changlun, 14-16 Januari 2011- HALUANSiswa Zon Utara telah menganjurkan Program Mahasiswa Rabbani (PROASISR 3) yang diadakan di Kem Rimba Rekreasi Sungai Kecil, Changlun. Program ini telah dijayakan bersama 75 mahasiswa dari UUM, UiTM, USM, Politeknik Pauh, UniMAP, IPDA dan KUIN dibawan kelolaan Saudara Muhammad Zakwan bin Zulkifli selaku Pengarah Program. Saudara Anas Mokhtar selaku kem komandan dan dibantu oleh Saudari Aishah Abdul Hadi.

Dengan tema ‘Generasi Harapan’, program ini bertujuan membina pemuda-pemudi Islam yang mampu memartabatkan akidah Islam dalam kehidupan mereka. Program bermula dengan ketibaan dan pendaftaran peserta selepas Asar di Sekolah Agama At-Toyyibah, Changlun pada 14 Januari 2011. Sesi ta’aruf dan pengenalan Haluansiswa diteruskan selepas makan malam dan solat ‘Isya.

Keesokan harinya, program bermula dengan solat subuh berjamaah disusuili dengan sesi Heart Setting. Selepas heart setting dan sarapan, peserta bersedia untuk memulakan aktiviti berjalan lasak dengan stretching.

Setelah berkumpul di rumah Dr. Azhar, peserta diberi taklimat oleh Ustaz Muhtad sebelum memulakan perjalanan ke Sungai Kechil sejauh 5 km. Perjalanan yang panjang ini bukanlah sekadar satu perjalanan yang panjang, tetapi mempunyai pengisian pada setiap checkpoint ketika peserta berhenti rehat iaitu tazkirah, mauqif sirah dan tasmi’ hafazan. Ustaz Muhtad sebagai penyampai telah berkongsi pelbagai ilmu dan kisah-kisah sahabat yang hebat dalam perjuangan.

Peserta sampai di Kem Rimba Sungai Kecil pada pukul 12.30 tengah hari. Selepas dua jam setengah berjala kaki, peserta diberikan masa untuk rehat, solat dan makan tengahari. Modul pertama bermula pada pukul 4 petang. Modul yang dinamakan ‘Taaruf’ ini menyaksikan permainan yang membina ukhuwwah antara peserta. Setelah bermain 2 permainan iaitu ‘simpulan kasih’ dan ‘Demimu Sahabat’, peserta duduk bersama-sama dalam kumpulan untuk brainstorming pula ibrah daripada permainan tersebut.

Modul seterusnya ialah pertandingan memasak antara kumpulan. Modul ini sangat menarik kerana ia bertujuan untuk mencungkil bakat memasak setiap kumpulan dan menggilap kekreatifan peserta program ini. Pertandingan ini juga berbeza berbanding pertandingan memasak yang pernah ada, kerana pemenang pertandingan memasak dinobatkan berdasarkan hadis, “Orang yang paling bijak ialah orang yang paling mengingati mati”. Uniknya, hasil masakan peserta siswi ditukar dengan hasil masakan kumpulan siswa. Pertandingan memasak ala hutan ini mengajar hakikat penerimaan seseorang  terhadap kelemahan dan kelebihan orang lain, selain menguji keredhaan peserta terhadap rezeki yang ditentukan Allah.

Program hari kedua dimulakan dengan qiyamullail secara berjemaah pada pukul 5.30 pagi, diikuti dengan solat subuh dan bacaan al-Ma’thurat. Selepas itu, para peserta bersiap-siap untuk senaman pagi.

Modul terakhir iaitu modul yang bertemakan ‘Game Plan’ melatih peserta untuk menguasai teknik dan strategi permainan untuk mengalahkan lawan. Sebelum berangkat pulang, kalimah akhirah menjadi penutup program yang telah disampaikan oleh Kem Komandan, diikuti ‘salam semut’. Peserta siswi tiba di Sekolah Agama At-Toyyibah pada 1.30 tengah hari, diikuti peserta siswa yang tiba pada pukul 3 petang.

Semoga Program Mahasiswa Robbani 3 ini dapat menjadi satu wadah untuk para peserta membina diri dan membawa pulang pengisian berharga untuk diamalkan dan dikongsi, serta menguatkan lagi simpulan ukhuwwah yang terbina. Semoga Allah meredhai program ini agar ia mengesani hati setiap yang menjayakannya.

Laporan oleh,

Norashikin Rahmat

   

HALUANSiswa Zon Utara di Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu

ARAU, 2 Oktober – Seramai 130 mahasiswa dan mahasiswi telah memeriahkan Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu yang dianjurkan oleh HALUANSiswa Zon Utara bertempat di Dewan Kuliah 5 UiTM Kampus Arau.

Read more...

   

Menyubur Mahabbah di PROASISR-2

KULIM, 30 Julai – Sejumlah mahasiswa dari USM, UiTM, KUIN, UUM, dan Politeknik Syed Sirajuddin telah berhimpun

Read more...

   
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
  • »

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 9 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday22
mod_vvisit_counterYesterday512
mod_vvisit_counterThis week1872
mod_vvisit_counterLast week3289
mod_vvisit_counterThis Month7802
mod_vvisit_counterAll days342739