H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Timur Khidmat Masyarakat bersama HALUAN

Khidmat Masyarakat bersama HALUAN

E-mail Print PDF

 

Pengkalan Chepa, 10 Disember 2011- Haluansiswa Health Sciences (HS2) telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat Bersama Haluan Malaysia selama 2 hari satu malam (10 dan 11 Disember 2011) bertempat di Kolej Teknologi Darulnaim dengan kerjasama Kelab Kesihatan Haluan Kelantan, Kolej Teknologi Darulnaim dan juga Hospital Barakah, Klang.

Program ini telah mendapat sambutan hebat daripada ahli-ahli Haluansiswa Health Sciences (HS2) daripada pelbagai universiti, ahli-ahli KKH Kelantan, pelajar-pelajar KTD dan juga penduduk setempat.

 

Majlis perasmian telah membuka tirai program ini pada pukul 10 pagi. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengarah Program, saudara Ali Noor Hanis bin Anuar and seterusnya program ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Nasir Saat (YDP Haluan Kelantan). Selepas itu, Ceramah Penjagaan Kesihatan Gigi telah disampaikan oleh Ahmad Badruddin Ghazali, pelajar pergigian tahun 3 UIA kepada semua hadirin. Ceramah ini telah memberi penekanan kepada aspek-aspek yang penting untuk memastikan gigi sentiasa sihat.

Sesi lapangan bersama masyarakat diteruskan dengan bermulanya pemeriksaan kesihatan, berkhatan, pameran dan pemeriksaan gigi yang dikendalikan oleh ahli-ahli Haluansiswa Health Sciences dan Kelab Kesihatan Haluan Kelantan. Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut mengambil bahagian dalam menjayakan sesi bersama masyarakat ini.  Seramai 19 orang peserta berkhatan telah mengambil bahagian secara percuma.

Secara tidak langsung, para pelajar yang terlibat dalam semua aktiviti dapat menimba pelbagai ilmu dan pendedahan baru dalam dunia perubatan seperti kaedah-kaedah berkhatan, pemeriksaan kesihatan dan pergigian di samping membina keyakinan untuk berhadapan dengan masyarakat luar di alam pekerjaan nanti.

Seterusnya, sesi petang program ini telah diisi dengan penyampaian daripada Prof Madya Dr Mohtar Ibrahim yang bertajuk ‘World’s Doctor’. Beliau telah berkongsi apakah sebenarnya maksud doktor dan bagaimana kehidupan seorang doktor yang boleh memberi sumbangan kepada islam walau dimana kita berada. Beliau turut berkongsi pengalaman sepanjang beliau menyertai misi kemanusiaan ke luar negara.

Semua peserta terus dibekalkan dengan semangat yang tinggi pada sesi malam dengan penyampaian yang bertajuk ‘Pemuda dan Perubahan’ daripada Ustaz Abdul Rahhim Abdul Wahab. Banyak persoalan mengenai peranan pemuda sebagai sasaran perubahan telah dirungkaikan. Pemuda sebenarnya mempunyai kemampuan, semangat dan kekuatan yang unik untuk membina suatu perubahan yang bakal mencorakkan masa depan yang lebih terjamin dengan melahirkan generasi yang sanggup untuk berkorban tenaga demi menegakkan islam. Perjalanan program diteruskan dengan makan malam dan ramah mesra bersama Haluan Kelantan.

11 Disember 2011 dimulakan dengan qiamullail, mathurat dan kuliyah subuh di tempat penginapan masing-masing. Selepas bersarapan, slot perancangan akademik dan kerjaya yang bertajuk ‘Ke Mana Selepas Ini’ telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Rosdan Salim. Beliau telah menerangkan hala tuju dan pilihan-pilihan yang disediakan untuk membina kerjaya pada masa depan. Beliau turut menekankan bahawa matlamat utama kita sebenarnya adalah untuk mencapai keredhaan Allah dan kita perlu menjadi yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi. Dengan nikmat dan rezeki yang dikurniakan Allah ini, sepatutnya kita perlu memperbanyakkan infaq di jalan Allah.

Seterusnya, para peserta telah diberi peluang untuk mendengar penyampaian daripada daripada Dr Abdullah Sudin (Ketua Eksekutif KTD & Presiden Haluan Malaysia) yang  mengupas tajuk ‘Sumbangan Kita Sebagai Doktor Kepada Islam’. Antara perbincangan yang diketengahkan ialah sumbangan sebenar untuk Islam adalah sumbangan sepanjang hayat dan dakwah yang berterusan. Kita perlulah menjadi orang yang berilmu, mempunyai kemahiran yang dilengkapi dengan akhlak yang terbaik dan seterusnya boleh menyumbang khidmat kepada masyarakat dan agama Islam.

Sebagai amanah terakhir, Ustaz  Mahamad bin Senik (Pengurus bahagian HEP  KTD) telah menyampaikan kalimah akhirah yang telah membawa harapan dan kata-kata mutiara yang akan menjadi panduan dalam kehidupan. Beliau turut menegaskan bahawa pengharapan kita adalah kepada Allah semata-mata dan kita hendaklah menjadi hamba yang sentiasa mengejar syurga yang kekal abadi. Di samping itu, kita memerlukan tarbiyah yang sentiasa berterusan samada dari segi akal, rohani dan jasmani. Akhir sekali, kita perlu sentiasa peka dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Sekalung tahniah dan terima kasih ditujukan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala kerjasama dan pengorbanan yang dilakukan mendapat nilaian di sisi Allah dan usaha baik ini boleh lagi diteruskan untuk masa depan. Diharapkan pengalaman dan ilmu yang diperolehi daripada Program Khidmat Masyarakat ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan pegangan dan panduan untuk menempuhi cabaran dan ujian dalam kehidupan yang akan datang.

Disediakan oleh,

Setiausaha Program Khidmat Masyarakat Bersama Haluan Malaysia

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 10 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday21
mod_vvisit_counterYesterday512
mod_vvisit_counterThis week1871
mod_vvisit_counterLast week3289
mod_vvisit_counterThis Month7801
mod_vvisit_counterAll days342738