H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Timur Rehlah Tarbawi Dan Ukhuwah HALUANSiswa Pahang

Rehlah Tarbawi Dan Ukhuwah HALUANSiswa Pahang

E-mail Print PDF

KUANTAN, 27 Feb – Rehlah Tarbawi HALUANSiswa Pahang telah diadakan di Pantai Teluk Cempedak

dihadiri hampir 50 orang mahasiswa/i daripada IPT sekitar Pahang. Program selama setengah hari diadakan bertujuan menyemai kasih dan memupuk serta memantapkan ukhuwah dikalangan peserta.

Program bermula jam 8.00 pagi dengan sarapan pagi serta taklimat program oleh penyelaras program Sdr Hafiz di kaki Bukit Pelindung. Selesai taklimat peserta dibahagikan kepada dua kumpulan siswa dan siswi disusuli dengan `warm up` dan berkenal - kenalan (taaruf) terutamanya bagi peserta yang julung kalinya menyertai program anjuran HALUANSiswa. Program diteruskan dengan dengan lebih mencabar iaitu `jungle tracking` mendaki Bukit Pelindung yang mengambil masa 2 jam untuk sampai ke pantai Teluk Cempedak.

Sepanjang perjalanan mendaki disediakan dua checkpoint untuk rehat minda dan berkongsi pengalaman dan tarbiyah bersama Saudara Umar Hakimi yang merupakan pelajar Haluansiswa kursus perubatan di Mesir yang telah memberi penyampaian berkenaan peranan pemuda islam dan kebangkitannya. Walaupun sedikit keletihan tetapi semua peserta teruja mendengar perkongsian pengalaman beliau semasa berlakunya kebangkitan rakyat Mesir dan juga turut mengkaitkan dengan peranan pemuda sebagai pemimpin pada masa hadapan.

Setelah 30 minit pendakian diteruskan ke checkpoint kedua dimana peserta berehat seketika untuk mendengar penyampaian oleh Sdr Hasyimi yang juga siswa medik di Mesir. Beliau yang menitikberatkan tentang kepentingan dan nikmatnya ukhuwah Islamiyah yang perlu disemai dalam diri setiap individu muslim. Selepas checkpoint kedua, peserta meneruskan perjalanan ke Teluk Cempedak menerusi jalan denai.

Setelah 2 jam mendaki dan berjalan akhirnya semua peserta berjaya sampai ke Pantai Teluk Cempedak. Program diteruskan dengan pemainan bola tampar pantai oleh siswa dan game ukhuwah oleh siswi. Walaupun agak keletihan setelah mendaki namun peserta masih mampu meneruskan acara game yang telah diatur kerana suasana keindahan pantai dan panorama alam yang menarik telah menggamit rasa mereka untuk manfaatkan aktiviti yang telah diatur.

Setelah penat beriadah dan berukhuwah, peserta dihidangkan dengan makan tengahari ala BBQ yang dibantu oleh beberapa orang mentor dari HALUAN Pahang. Tibanya waktu zohor semua peserta solat zohor berjemaah dan diakhiri dengan ucapan penangguhan program oleh Tn. Hj. Ramli Ngah (NYDP HALUAN Pahang). Dalam ucapannya beliau mengucapkan syabas kepada HALUANSiswa kerana berjaya mengadakan program yang amat bermanfaat ini dan berharap program ini dapat diadakan lagi dengan penglibatan yang lebih ramai dari siswa siswi IPT yang lain.

Alhamdulillah semua peserta sangat berpuas hati dengan program ini kerana ianya telah memberi peluang berinteraksi tidak formal dengan semua peserta dikalangan HALUANSiswa dari IPT yang berasingan di Pahang. Semoga dengan terjalinnya ikatan ukhuwah ini, maka akan terciptalah satu noktah bidayah untuk merangsang momentum kebangkitan pemuda pemudi yang teguh lagi utuh dalam kerja-kerja dakwah, mendidik dan berbakti kepada masyarakat dimasa akan datang.

Disediakan oleh: Wakil Media HALUANSiswa Pahang

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 6 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday18
mod_vvisit_counterYesterday512
mod_vvisit_counterThis week1868
mod_vvisit_counterLast week3289
mod_vvisit_counterThis Month7798
mod_vvisit_counterAll days342735