H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Timur KMK-3 Zon Timur: Melahirkan Generasi Pewaris

KMK-3 Zon Timur: Melahirkan Generasi Pewaris

E-mail Print PDF

MACHANG, 16 Disember - Seramai 170 orang remaja yang terdiri dari tiga buah

negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menyertai Kem Minda Kreatif ke-3 peringkat Zon Timur yang berlangsung dengan meriahnya di Hutan Lipur Bukit Bakau, Machang pada 14 hingga 16 Disember 2009 lalu selama 3 hari2 malam. Kem yang bertemakan ‘Melahirkan Generasi Pewaris’ ini dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Zon Timur dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim. Seramai 42 orang ahli-ahli HALUANSiswa yang berasal dari Pantai Timur turut serta membantu perjalanan program sebagai fasilitator dan urusetia. Mereka telah berkampung di sana bermula 13 Disember lagi untuk memperkemaskan lagi pelaksanaan program KMK pada kali ini.

Tuan Haji Mohd Nasir Saad, Yang Dipertua HALUAN Kelantan telah menyempurnakan upacara perasmian bagi KMK pada kali ini. Hubungan yang dingin dalam kalangan peserta dan fasilitator dicairkan dengan modul Ice Breaking dan Team Building. Peserta kemudiannya disajikan dengan motivasi khas oleh penceramah jemputan, Sdr. Razali Maarof yang mengetengahkan tajuk ‘Umat Islam Kehilangan Remaja Muslim’. Kehadiran penceramah yang berpengalaman dan berkaliber ini menyedarkan remaja akan kepentingan mereka kepada masyarakat dunia.

Hari kedua dimulakan dengan berqiamullail, solat subuh dan bacaan al-mathurat sebelum diteruskan dengan modul Mauqif Sirah yang berkisar tentang sahabat-sahabat Rasulullah, contoh terbaik bagi remaja. Ceramah yang menyentuh tentang ’10 Muwassafat Tarbiyyah’ dihuraikan oleh Cikgu Mahmud b Jaaffar, kaunselor jemputan dengan gaya penyampaian yang menyentuh hati memberikan kefahaman yang mendalam tentang sifat-sifat yang sepatutnya terdapat dalam diri seorang muslim mukmin. Program diteruskan dengan aktiviti yang mencabar serta menguji kelasakan dan ketahanan fizikal peserta dalam Ekspedisi Kembara Alam.

Peserta dikehendaki melalui sepuluh check point berdasarkan 10 muwassafat tarbiyyah. Mereka perlu mendaki dua buah bukit dan melalui jambatan gantung yang agak usang, jalan-jalan sempit, kawasan yang berselut, akar-akar pokok yang besar serta merentasi sungai. Peserta juga berpengalaman menunaikan solat Zohor di dalam hutan. Dengan aktiviti seperti ini, peserta berpeluang berinteraksi antara satu sama lain dan membina jalinan ukhuwah sesama mereka.

Pada malamnya, peserta meneruskan program dengan Refleksi Kembara Alam yang meminta pandangan dan pengalaman para peserta dan Video Analisis. Fasilitator menayangkan 2 buah video tentang permasalahan umat Islam dan peserta diminta menjawab beberapa soalan berdasarkan video tersebut. Peserta mula menyedari permasalahan ummah dan peranan mereka dalam menangani masalah-masalah tersebut.

Hari ketiga datang menjenguk, peserta diminta mengemaskan barang mereka dan membersihkan kawasan sekitar sebelum meneruskan slot KeARAH yang dikendalikan oleh Sdr Ruqaimi Rabbani b Abdullah, Pengarah KMK Zon Timur bertujuan untuk memperkenalkan KeARAH kepada para peserta. Acara perasmian penutup oleh Haji Shafie Hussain, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) cawangan Kelantan dimulakan sekitar jam 11 pagi. Majlis ini turut dihadiri oleh Dr Mohd Ariff Abd Rashid wakil HALUAN Kelantan.

Kem kali ini bukan sahaja dapat mendidik para peserta, malahan juga mendidik setiap mereka yang terlibat dari kalangan ahli jawatankuasa dan juga fasilitator terutamanya dari kalangan HALUANSiswa. Mengulas pencapaian kem kali ini,  Dr Ariff menyatakan keterujaan beliau dengan sambutan yang cukup memberansangkan daripada peserta pada kem pada kali ini. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap sumbangan HALUANSiswa dalam menjayakan program pada kali ini.

Video Penutup KMK-3 Pantai Timur

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 7 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday7
mod_vvisit_counterYesterday512
mod_vvisit_counterThis week1857
mod_vvisit_counterLast week3289
mod_vvisit_counterThis Month7787
mod_vvisit_counterAll days342724