H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Selatan BBQ Di Taman Pulai Utama, HALUANSiswa UTM

BBQ Di Taman Pulai Utama, HALUANSiswa UTM

E-mail Print PDF

SKUDAI, 24 Disember – HALUANSiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama

HALUAN Johor telah menganjurkan barbeku awal semester bertempat di rumah Encik Abd Razak di Taman Pulai Utama. Seramai 35 orang pelajar dan pensyarah dari UTM serta ahli HALUAN sekitar Skudai turut mengambil bahagian dalam aktiviti ini di mana barbeku ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah dalam kalangan ahli HALUAN sekitar kawasan Skudai. Seawal jam 6 petang, segelintir pelajar UTM telah hadir ke rumah Encik Abd Razak untuk membuat persiapan untuk membakar ayam, seterusnya hadirin dijamu dengan pelbagai juadah yang enak dan lazat pada jam 9 malam. Selain ayam bakar, terdapat juga daging bakar, nasi lemak, cendawan goreng dan buah-buahan turut disediakan.

Pemuda Dan PerubahanProgram ini berakhir tepat jam 11.30 malam, setelah selesai aktiviti gotong-royong untuk mengemas peralatan-peralatan yang telah digunakan.

Alhamdulillah, program kali ini telah mempertemukan segenap lapisan umur baik muda ataupun tua dalam rangka untuk membina ukhwah dan saling bertukar pendapat walaupun berbeza usia. Semoga Allah menguatkan lagi tautan hati dan memperkukuhkan ikatan ukhuwah imaniyah sesama kita serta dipertemukan lagi di waktu yang akan datang. Amin.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 5 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1
mod_vvisit_counterYesterday512
mod_vvisit_counterThis week1851
mod_vvisit_counterLast week3289
mod_vvisit_counterThis Month7781
mod_vvisit_counterAll days342718