H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Perantau HALUANSiswa-PERANTAU 2010: Bekal Di Perantauan

HALUANSiswa-PERANTAU 2010: Bekal Di Perantauan

E-mail Print PDF

BESERI, 8 Ogos - Seramai 40 mahasiswa dan mahasiswi yang bakal dan sedang belajar di luar negara telah berkumpul

di Ma`had Attarbiyah Islamiyah (MATRI) untuk menyertai program HALUANSiswa PERANTAU’10.

Program selama dua hari ini telah dianjurkan oleh HALUANSiswa Nasional dengan kerjasama Persatuan Lepasan MATRI (PLM). HALUANSiswa-PERANTAU’10 membawa objektif untuk meningkatkan kesedaran Islam (wa’yul islami) para peserta dan menekankan peri pentingya keperluan mengajak kepada kebaikan dalam realiti masa kini tanpa mengira tempat, masa dan usia. Pelbagai aktiviti yang menarik seperti pengisian, forum dan bengkel dibuat sepanjang program dua hari satu malam tersebut. Program ini juga melibatkan perkongsian pengalaman abang-abang dan kakak-kakak yang telah melalui ragam hidup di luar negara.

Perantau ’10 ditutup dengan kalam Pengarah program Ustaz Wan Mohd Nahar bin Othman yang juga merupakan Naib Pengerusi Kelab HALUANSiswa Nasional.

Semoga program sebegini dapat diadakan setiap tahun untuk menjernihkan minda, menjelaskan matlamat dan mendorong para penuntut menara gading di luar negara beramal dengan sebenar-benar amalan Islam yang diredhai Allah.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 8 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday240
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2020
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4794
mod_vvisit_counterAll days291758