H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Perantau Program Perantau HALUANSiswa Malaysia

Program Perantau HALUANSiswa Malaysia

E-mail Print PDF

SHAH ALAM, 15 Ogos - HALUANSiswa bersama Kelab Kesihatan Haluan (KKH)

telah berjaya mengadakan Program Perantau yang telah diadakan di Kompleks Haluan Penyayang (KHP). Para peserta telah tiba seawal jam 8.30 pagi yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang belajar di luar negara dan yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Program Perantau ini dimulakan dengan pengisian daripada Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin, iaitu Pengerusi Sekretariat HALUAN Palestin yang juga merupakan seorang pakar dalam bidang kejuruteraan perubatan. Beliau telah menyampaikan mengenai Permasalahan Islam dan Peranan Kita Sebagai Mukmin.

Kuliah ke-2 disampaikan oleh Dr Nik Mu'tasim selaku pensyarah di UKM yang juga YDP Haluan Selangor,  yang membincangkan mengenai pelajar di luar negara , Dilema di antara Dua Kewajipan. Melihat kepada tajuknya sahaja kita sudah boleh menilai bahawa kewajipan tersebut ialah di antara Dakwah & Tarbiyah dan juga belajar. Kita perlu menghayati konsep kejayaan yang sebenar. Kejayaan yang sebenar adalah apabila kita terlepas daripada api neraka. "setiap jiwa ...barangsiapa yang dijauhkan daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia berjaya". Di mana sahaja kita berada, dalam negara atau di luar negara, kita mesti ada tawazun, keseimbangan antara dakwah & tarbiyah dan belajar. Kehendak dan disiplin yang tinggi perlu diterapkan , yang penting berusaha. Allah SWT. yang menentukan natijahnya. Yakinlah kerana Allah pasti akan tunjukkan jalan yang betul dan lurus.

Selepas solat zohor kami dihidangkan dengan bengkel. Tiga persoalan perantau atau Dakwah Perantau yang dibincang, dijawab dan dibentangkan oleh kedua-dua belah pihak siswa dan siswi.  Sesi perbentangan dan rumusan dikendalikan oleh Sdr. Solehuddin Shuib, Pengerusi Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa).

Pada malamnya, diadakan sedikit perkongsian pintar dan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh lima orang panel yang terdiri daripada ustaz/ah, pakar perubatan, jurutera dan wakil SiswaHALUAN iaitu Uztaz Adni Abd Razak, Ustazah Mumtazah Tumian (KTD-Ustazah), En. Ruqaimi (KTD-Jurutera Elektrik), Dr Siti Mariam (Pakar O&G), Sdr. Anaqi Salleh (Presiden SiswaHALUAN), dipengerusikan iaitu Sdr. Solehuddin Shuib Pengerusi Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa).

Program diakhiri dengan Kalimah Akhirah oleh Ir. Megat Saidi, Naib pengerusi Akademi Penyelidikan Haluan dan sedikit Jamuan ayam bakar BBQ. Semoga program seperti ini menyemarakkan semangat dan menggerakkan amal Dakwah dan Tarbiyyah serta penyubur jalan kehidupan ini.

 

Laporan disediakan oleh
Adam Kadir

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 6 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday511
mod_vvisit_counterYesterday434
mod_vvisit_counterThis week1427
mod_vvisit_counterLast week3220
mod_vvisit_counterThis Month7779
mod_vvisit_counterAll days342716