H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional Bersukan Itu Ibadah

Bersukan Itu Ibadah

E-mail Print PDF

Kajang, 20 Nov 2011 – Bersukan itu ibadah, itulah matlamat yang ingin dicapai siswi-siswi IPT Wilayah Tengan Zon Selatan yang mengikuti ‘Sukan IPT’ di Kolej Universiti Islam Selangor, Kajang. Seramai 50

orang siswi turun untuk bertanding dalam tiga permainan;  Bola Jaring, Badminton Perseorangan dan Badminton Beregu. IPT-IPT yang turut bertanding ialah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Kolej Universiti Islam (KUIS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

 

 

Aktiviti bermula jam 8:30 pagi di dataran kediaman kolej dengan sesi ta’aruf dan sarapan pagi. Pertandingan di mulai dengan perlawanan bola jaring antara UKM dan USIM dimana UKM mendahului dengan jaringan 3-2 dan kemudian memenangi permainan dengan jaringan 4-3. KUIS memenangi perlawanannya dengan UPM memungut 5 jaringmelayakkanmerekamelawan UKM di peringkat akhir. Johan keseluruhan bola jaring diduduki KUIS dengan jaringan 4-3.

Setelah minum pagi, aktivitidi teruskan dengan perlawanan badminton perseorangan dan badminton beregu antara dua IPT yang sama. Perlawanan pertama ialah antara UKM dan KUIS. Badminton perseorangan dimenangi oleh UKM. KUIS membalas kekalahan mereka dengan memenangi badminton beregu.

Aktiviti badminton diteruskan dengan perlawanan UPM-USIM di mana USIM mengalahkan UPM dalam badminton perseorangan. Namun seperti perlawanan UKM-KUIS, UPM membalas kekalahan mereka di perlawanan beregu dengan mata 11-8, 7-11 dan 11-6.

Masa tidak mengizinkan untuk menghabiskan perlawanan badminton. Akan tetapi semua IPT berpuas hati kerana dapat memenangi satu acara. Johan keseluruhan sukan  IPT Wilayah Tengan Zon Selatan dimenangi oleh KUIS. Mereka menjuarai dua aktiviti iaitu aktiviti bola jaringdan badminton perseorangan.

Sukan kali ini telah memberi peluang pada siswi Wilayah Tengah Zon Selatan untuk mencari pemain-pemain bola jaring dan badminton bagi mewakili perlawanan sukan kebangsaaan akan datang. Mereka nampaknya bersedia.


Wartawan : Tasnim binti Taib
Jurugambar : Fathiyah binti Jasmi

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 9 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday505
mod_vvisit_counterYesterday434
mod_vvisit_counterThis week1421
mod_vvisit_counterLast week3220
mod_vvisit_counterThis Month7773
mod_vvisit_counterAll days342710