H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional Ucapan Takziah Buat Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor

Ucapan Takziah Buat Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor

E-mail Print PDF

Kelab Siswa HALUAN (HALUANSISWA) merakamkan ucapan takziah buat keluarga petugas

media BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, yang terkorban ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan di Somalia pada hari Jumaat lalu.

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. Kami mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

 

Kami menyanjung tinggi kesungguhan Allahyarham dalam membantu rakyat Somalia yang sedang berhadapan dengan bencana kemarau dan kebuluran. Usaha ini seharusnya menjadi tauladan kepada setiap kita yang cakna terhadap mereka yang ditimpa musibah tanpa mengira batasan agama, bangsa mahupun geografi.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

 

 

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 8 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday490
mod_vvisit_counterYesterday434
mod_vvisit_counterThis week1406
mod_vvisit_counterLast week3220
mod_vvisit_counterThis Month7758
mod_vvisit_counterAll days342695