H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional HALUANSiswa Menyemai Ukhuwah Di Reaksi ’10

HALUANSiswa Menyemai Ukhuwah Di Reaksi ’10

E-mail Print PDF

MERAPOH, 28 Jun - Seramai 50 orang telah menyertai REAKSI‘10 (Rekreasi HALUANSiswa Nasional 2010)

dengan anjuran bersama HALUANSiswa Nasional dan Akademi Penyelidikan HALUAN Malaysia. Rekreasi yang bertempat di Taman Negara Sungai Relau, Merapoh Pahang ini bertemakan 'Ukhuwah Fillah' yang membawa maksud Ikatan atau talian persahabatan kerana Allah. Rekreasi kali ini berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Para peserta dilihat cukup terharu dengan kupasan-kupasan menarik tentang Ukhwah fillah yang diadaptasikan di dalam semua aktiviti Reaksi kali ini. Selepas pendaftaran peserta, pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang hari yang pertama. Antaranya ice breaking yang membawa kepada 3 modul iaitu Lipan Ukhwah, Bulat Kecil Bulat Besar dan capaian Ukhwah. Pada sebelah malam pula peserta disajikan dengan Slot 1 yang bertajuk 'Ukhwah fillah'oleh Saudara Luqman Azizan (Ahli Majlis Penasihat HALUANSiswa). Slot ini cukup bermakna kepada peserta kerana huraian yang cukup cantik.

Pada hari kedua pula, peserta terus disajikan dengan aktivti-aktiviti yang menyeronokkan iaitu lipatan ukhwah, negara dan panji, dan jejak si buta. Malam Kesenian Islam yang berobjektifkan Ukhwah Fillah pula menampilkan bakat-bakat terpendam para peserta pada malam hari. Pelbagai ragam dan jenaka yang sangat mencuit hati telah dipersembahkan oleh setiap kumpulan peserta. Dalam riang ria, suka, gembira para peserta tereratnya lagi ukhwah antara peserta. Tidak lupa juga persembahan nasyid dari urusetia dan fasilitator REAKSI ‘10.

'Candle War' adalah aktivti yang paling menyeronokkan bagi para peserta. Pelbagai gelagat peserta yang sangat melucukan. Objektif untuk aktiviti pada hari yang ketiga ini adalah menjaga cahaya ukhwah yang sedia ada dan menghidupkan cahaya ukhwah yang telah padam.

Kemuncak aktiviti REAKSI ‘10 adalah aktiviti berukhwah dengan ikan Kelah. Para peserta telah berpeluang memberi sendiri makan kepada ikan kelah merah di Lubuk Kelah di Taman Negara. berpuluh-puluh ikan kelah telah bermain dan menggigit-gigit tangan para peserta. Tidak lupa juga ada yang digigit pipi, di gigit jari dan bermacam-macam lagi gelagat peserta yang pasti memberikan seribu satu kenangan kepada semua yang hadir.

Reaksi ‘10 diteruskan lagi dengan Kalimah Akhirah dan ziarah tarbawi oleh sebahagian peserta dan urusetia ke rumah Akhi Raqib Lan di Sungai Koyan. Reaksi kali ini pasti membawa banyak kenangan dan pengalaman baru kepada para peserta. Para peserta pasti akan ingat akan pesanan yang disampaikan iaitu "Perbaikilah bahtera kamu, kerana lautan itu amat dalam. Cukupkan bekalan kamu, kerana perjalan cukup panjang. Kurangkan beban kamu, kerana kamu sedang mendaki curam. Dan ikhlaskan dirimu pada setiap perkara, kerana kamu akan berasa aman dalam beramal."

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 16 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday78
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2688
mod_vvisit_counterLast week3253
mod_vvisit_counterThis Month4632
mod_vvisit_counterAll days291596