H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Nasional Kecemerlangan Akademik & Kesinambungan Tarbiyah di HIMEGA

Kecemerlangan Akademik & Kesinambungan Tarbiyah di HIMEGA

BANGI, 26 April - Pada 24, 25 dan 26 April yang lalu program Hijrah ke Menara Gading (HiMeGa’10) telah diadakan

di Kolej Zaaba, UKM, Bangi. Seramai 170 orang pelajar lepasan SPM 2009 dari seluruh negara telah hadir dengan dibantu oleh fasilitator dalam kalangan mahasiswa IPTA/S . Program ini adalah anjuran Kelab Siswa Haluan, Akademi Penyelidikan Haluan dan Persatuan Alumni Matri, Alumni SMASKL dan ILIK.

Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Sr. Dr. Abd Hamid Mohamed, penasihat Kelab Haluan Siswa Nasional. Di dalam ucapan beliau, dinasihatkan agar para pelajar perlu mempunyai misi dan visi yang jelas dalam menempuh kehidupan baru di menara gading.

Seterusnya program diisi dengan pengisian yang bersifat ceramah kecemerlangan akademik Ustazah Fatimah Syarha, tenaga pengajar di UM dan juga merupakan novelis muda terkenal di tanahair, ceramah kecemerlangan dan kesinambungan tarbiah oleh Tuan Haji Rosdi Baharum, HEP Kolej Teknologi Darul Naim ceramah keseimbangan dalam akademik, tarbiah dan persatuan oleh Dr. Azizan Ahmad, Naib Presiden III Haluan.

Selain daripada ceramah acara forum pemilihan kerjaya dan latihan dalam kumpulan(LDK) dan permainan juga diadakan. Di dalam sesi forum pemilihan kerjaya, ianya dibarisi oleh Tuan Hj. Rosli Adam, Pengerusi Biro Ekonomi Haluan yang merupakan tokoh usahawan, Dr. Wan Muhaizan, Nain Pengerusi Haluanita yang juga merupakan pakar Patologi, dan perubatan danAl Fadil Ustaz Salleh Saad, Imam Masjid Putra Jaya.

Sessi penerangan peluang menyambung pelajaran di Kolej Teknologi Darul Naim yang juga dikenali sebagai 'Kolej tarbiah dan dakwah’ telah disampaikan oleh Sdr. Mohd Razali Maarop, Biro Pemasaran KTD. Pada hari terakhir program, sesi bersama pimpinan Siswa Haluan dan Siswi Haluan telah diadakan. Ianya dibarisi oleh Sdr. Anaqi Mohd Salleh, Presiden Kelab Siswa Haluan, Sdr. Hanisah, Presiden Kelab Siswi Haluan, dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Shakir Sabaruddin, Ahli Majlis Tertinggi, Kelab Haluan Siswa.

Upacara penutup program Himega’10 ini disempurnakan oleh Sdr. Solehuddin Shuib, Pengerusi Haluan Siswa Nasional. Beliau telah merumuskan bahawa program Himega ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut iaitu kecemerlangan akademik, kecemerlangan dan kesinambungan dakwah dan tarbiah, berdakwah melalui wadah Haluansiswa dan KeArah, dan kemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat dan kelayakan.

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 14 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday182
mod_vvisit_counterYesterday155
mod_vvisit_counterThis week643
mod_vvisit_counterLast week1596
mod_vvisit_counterThis Month3681
mod_vvisit_counterAll days507479