H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Bicara Pengerusi Ibrah dari peristiwa Israk dan Mikraj

Ibrah dari peristiwa Israk dan Mikraj

E-mail Print PDF

Assalamu'alaikum wbth,

Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

Semester baru telah bermula, pastinya insha Allah masing-masing kita semua dengan semangat yang berkobar-kobar dengan semangat baru untuk lebih giat dan cemerlang pada kali ini dalam bidang akademik. Penekanan kita insha Allah masih sama iaitu memberikan penekanan melahirkan ‘alim mujahid. Objektif utama ‘Alim Mujahid iaitu teguh dalam Aqidah, jernih dalam fikrah, cemerlang dalam akademik, aktif dalam da’wah, dan kerjaya adalah wasilah jihad.

Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

Bulan Rejab telahpun berlalu, sekarang kita berada di dalam bulan شعبان dan tidak lama lagi akan menjelang bulan رمضان . Marilah kita berdoa sepertimana doa yang pernah di doakan / dibacakan oleh Rasulullah s.a.w :

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Maksudnya: “ Ya Allah !, Berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah umur kami ke bulan Ramadhan. “

Terlalu banyak perkara yang dilalui oleh Rasulullah saw dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Untuk tujuan pengiktibaran, saya akan fokus kepada beberapa perkara sahaja.  Pengajaran yang pertama ialah berkaitan dengan kefardzuan solah.

i. DIFARDHUKAN SOLAT 5 WAKTU

Tujuan dan hasil besar daripada اسراء dan معراج itu ialah kefardhuan ibadah صلاة yang pada mulanya difardhukan 50 waktu tetapi dengan Rahmat Allah dikurangkan dan dikurangkan sehingga 5 waktu sahaja.

Perintah صلاة itulah yang dibawa pulang oleh Rasulullah s.a.w yang disifatkan sebagai ‘ عماد الدين ‘. Tiang seri bagi دين الله dan kepala bagi seluruh ibadah (seluruh amal soleh). Tidak ada ertinya amalan seseorang itu jika tiada amalan صلاة di dalam agenda hidupnya. Bahkan pada Hari Akhirat nanti ibadah yang mula-mula sekali dihisab ialah as solah. Berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam al Thabarani di dalam “ الأوسط “.

Bermaksud: “ Perkara awal yang dihisab dengannya terhadap seseorang hamba Allah pada Hari Qiamat ialah as solah. Jika soleh maka solehlah seluruh amalannya dan jika rosak maka rosaklah seluruh amalannya yang lain. “

Solah yang dikehendaki di sini ialah solat yang berfungsi mencegah perbuatan الفحشاء dan المنكر berdasarkan kepada ayat 45 Surah al Ankabuut:

 

Solah itulah yang diwajibkan / difardhukan ke atas orang-orang Mukmin. Solat itu merupakan ibadah tulin (أمر تعبدى ) yang tidak boleh dipinda-pinda atau dimansuhkan oleh manusia atau dikurangkan lagi. Semuanya mestilah dilakukan sepertimana yang telah ditentukan di dalam ajaran Allah dan Rasul Nya.

Bagi menerima perintah Allah dengan penuh redha dan patuh tanpa bantahan dan bangkangan, maka memerlukan kepada kekuatan Iman. Mungkin inilah rahsianya –

والله اعلم.- di takhirkan (dilewatkan) kefardhuan-kefardhuan ke atas orang-orang Mukmin setelah berbelas tahun Rasulullah s.a.w mengajak masyarakat Makkah supaya beriman dan mereka dididik dan diasuh dengan jiwa Iman yang teguh, selepas itu barulah difardhukan ibadah Khusus , dimulai dengan صلاة kira-kira setahun sebelum Hijrah kemudian selepas Hijrah satu demi satu perkara-perkara fardhu seperti صوم (ibadah puasa) , زكت dan حج di fardhukan.

Dalam konteks ini kita mengambil suatu kefahaman dan pengajaran bahawa untuk memikul amanah Allah dan tanggungjawab yang diwajibkan Allah, memerlukan kepada asuhan jiwa dengan keImanan sebenarnya. Teguh kukuh melalui proses Tarbiyah Imaniyah. Jika tidak, maka arahan akan tinggal arahan. Perintah akan hanya tinggal perintah sahaja tanpa dipatuhi. Tidak dilaksanakan bahkan akan dicuba menggunakan fikiran mencari berbagai alasan bagi melepaskan diri daripada kewajipan-kewajipan yang difardhukan itu. Bahkan صلاة lima waktu yang difardhukan itu mungkin terabai dan tidak disempurnakan atau tidak dilaksanakan dengan mencari berbagai alasan bagi melepaskan diri daripadanya.

As Syeikh Mustafa Masyur di dalam kitabnya ( زاد على الطريق ) pernah menjelaskan bahawa صلاة itu adalah merupakan معراج روح dan jiwa kita kepada Allah s.w.t.

Sepatutnya hati dan jiwa kita sentiasa معراج kepada Allah. Sentiasa ada hubungan dengan Allah s.w.t di dalam apa jua kegiatan dan agenda hidup kita di dunia ini. صلاة itu adalah teras (asas) , solat itu sebagai زاد (bekalan tenaga) sekurang-kurangnya lima (5) kali sehari semalam. Dan mungkin ditambah lagi dengan solat-solat sunat, yang semuanya merupakan زاد yang menambah kekuatan Iman dan hubungan dengan Allah s.w.t serta membentuk jiwa ubudiyah.

Jiwa ibadah (ubudiyah) itu tidak habis dengan selesai mendirikan solat, bahkan sewajarnya berkekalan jiwa ubudiyah itu sepanjang hayat, di mana sahaja kita berada maka kita membawa Islam dan kita menjadi hamba Allah dan tidak kepada yang lain.

Jika demikian, انشاء الله barulah menepati hakikat insan diciptakan Allah semata-mata untuk beribadah atau berubudiyah kepadaNya berdasarkan ayat 56 Surah ad Dzariyaat :

 

Prof Yusof al-Qardhawi mengatakan, “Perkara yang kita perlu ambil peringatan daripada Isra’ dan Mi’raj adalah solat 5 waktu yang sering ditinggal dan disia-siakan oleh orang-orang Islam.

 

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.(Maryam:59)

Kita dapati anak-anak orang Islam yang bernama para nabi, nama sahabat seperti Muhammad, Ahmad, Umar, Hasan, Husain, namun begitu mereka tidak mengenal masjid, tidak ruku’ kepada Allah, tidak sujud kepada Allah.

Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

Pengajaran yang kedua ialah berkaitan pembebasan bumi Palestin.

ii. Gandingan Masjidil Haram dan Masjidil Aqsha

Prof Yusof al-Qardhawi menjelaskan, “Allah mengaitkan antara keduanya dalam kitabNya, dalam ayat yang mulia ini sebagai permulaan surah al-Isra’. Perkara ini dimaksudkan supaya orang beriman tidak memisahkan antara keduanya. Jika kita membiarkan Masjidil Aqsha di ambil oleh Yahudi, dihina dan dihancurkan lalu diganti dengan Haikal Sulaiman, maka tidak mustahil suatu masa nanti kita juga akan membiarkan mereka melakukan perkara yang sama terhadap Masjidil Haram.

Orang-orang Yahudi juga mengarahkan kerakusannya ke Madinah kerana di sana pernah ada bani Qainuqa’, bani Quraizah dan bani Nadhir. Mereka tujukan kerakusan kepada Masjid Nabawi. Kita jangan menganggap perkara ini mustahil jika kita lalai dan memandang remeh terhadap perkara ini.

Allah mengaitkan Masjidil Haram dan Masjidil Aqsha agar kita tidak meremehkan kesucian al Masjidil Aqsha yang dikelilingnya diberkati Allah, seterusnya bagaimana sikap kita terhadap keberkatan ini? Jika dikeliling Masjidil Aqsha itu diberkati, bermakna tanah di sekitarnya adalah tanah yang penuh berkat, bumi para ambia yang disifatkan Allah di dalam al-Quran dibanyak tempat seperti firmanNya

 

Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.(al-Anbiya’:71)

Kita tidak boleh melupakan kedudukan Masjidil Aqsha. Kita tidak boleh menyerahkan hal ini kepada keadaan masa kini. Kita tidak boleh menerima kekalahan psikologi ini, sehingga orang Yahudi sewenang-wenangnya menguasai dan merobek bumi para nabi. Kita mesti berjihad untuk merebut kembali masjid ini, sehingga kita mampu menguasai tanah yang mulia, yang menjadi sebahagian daripada tanah Islam dan negara Islam. Tidak ada seorang pun yang boleh mensia-siakannya, menjual atau mengkhinatinya.

Bahkan jika bangsa Palestin sendiri berundur dari negeri Islam dan tanah suci ini, maka semua kaum muslimin mesti membelanya. Sebab ianya merupakan tanah suci yang penuh barakah, bukan sekadar milik bangsa Palestin, Jordan, Arab dan bukan sahaja milik umat Islam zaman sekarang tapi itulah tanah Islam, tanah umat Islam seluruh generasi.

Pasti akan tiba ketikanya nanti orang-orang Islam bertempur di sana dengan landasan iman dan keyakinan. Berkemungkinan akan tercetus pertempuran dengan bangsa Yahudi dan kemenangan berpihak kepada Islam. Begitulah yang telah diberitahukan oleh Rasulullah saw dalam hadis yang sahih

“Tidak akan berlaku kiamat sebelum orang-orang Muslim memerangi orang Yahudi. Maka orang Muslim membunuh mereka sehingga ada seorang Yahudi yang berembunyi disebalik batu atau pokok, lalu batu dan pokok itu berkata, “Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini ada yahudi bersembunyi dibelakangku, kemarilah dan bunuh dia’ kecuali pohon al-Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi” (HR Bukhari & Muslim)

Kita benar-benar menunggu saat seperti itu, dan Allah Maha Perkasa untuk mendatangkannya.

 

Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman, karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. (sebagai) janji yang sebenar-benarnya dari Allah. Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.(ar-Ruum:4-6)

Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

Pengajaran yang ketiga ialah berkaitan kepentingan menjaga amanah.

iii. MENSIA-SIAKAN AMANAH

ثُمّ اَتَى عَلَى رَجُلٍ قَدْ جَمَعَ حِزْمَةَ خَطَبٍ لاَيَسْتَطِيْعُ حَمَلَهَا وَهُوَ يَزِيْدُ عَلَيْهَا فَقَالَ: مَا هَذَا يَا جِبْرِيْلُ؟ ٌقالَ: هذَا الرَّجُلُ مِنْ اُمَّتِكَ تَكُوْنُ عِنْدَهُ آمَانَاتُ النَّاسِ لاَيَقْدِرُ على أدَائِهَا وَيُرِيْدُ اَنْ يَتَحَمَّلَ عَلَيْهَا

Kemudian Rasulullah mendatangi seseorang yang sedang mengumpulkan selonggok kayu dan tidak mampu mengankatnya tetapi terus ditambahkannya. Lalu Rasulullah saw bertanya: “Wahai Jibril perumpamaan apakah ini?” Jawab Jibril: “Ini adalah seorang daripada umat anda yang disisinya ada beberapa amanah daripada manusia. Ia tidak berupaya melaksanakan tuntutannya amanah-amanah tersebut, tetapi tetap mahu memikulnya”

Ini ditujukan kepada jenis manusia yang terus menerus menerima amanah daripada manusia pada hal ia tidak mampu memenuhi tuntutannya. Pada hal Allah swt berfirman

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanyaَ (an Nisa’:58)

Maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya (al Baqarah:283)


Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya

(al Mukminun:8)

Islam menyeru kepada penganutnya agar sentiasa menjaga amanah. Allah menjadikan amanah sebagai ciri sifat hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Meninggalkan sifat amanah dan mencuaikannya dapat menghilangkan pahala ibadah seorang hamba, bahkan menjerumuskan seseorang tidak berugama (deen). Ali bin Abi Talib ra berkata: Pada suatu hari ketika kami duduk bersama Rasulullah saw tiba-tiba datang seorang penduduk ‘Aliyah. Ia bertanya Rasulullah saw, “Ya Rasulullah, beritahu kepadaku tentang kewajipan yang paling berat dan paling mudah dalam Islam”

Bersabda Rasulullah saw:-

اَلْيَنُهُ شَهَادَةٌ اَنْ لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ وَاَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اَشَدَّهُ يَااَخَا الْعَالِيَةِ الاَمَانَةُ اَنَّهُ لاَدِيْنَ لِمَنْ لاَاَمَانَةَ لَهُ وَلاَصَلاَةَ لَهُ وَلاَزَكَاةَلَهُ

Yang termudah ialah mengucapkan dua kalimah syahadah yakni لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ وَاَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ Dan yang paling berat, wahai saudaraku ‘Aliyah adalah menjaga amanah. Sesungguhnya tidak berdeen orang tidak beramanah, tiada solat baginya dan tiada zakat baginya (HR al Bazzar)

Amanah adalah sesuatu yang mesti dijaga dan disampaikan kepada yang berhak. Ia menjangkau dan meliputi semua perkara. Mempertahankan iman dan memeliharanya adalah amanah. Mengikhlaskan segala bentuk ibadah kepada Allah adalah amanah. Memperbaiki hubungan sesama manusia adalah amanah. Menyerahkan tiap hak kepada yang berhak adalah amanah. Melaksanakan tuntutan tugas dan tanggungjawab jawatan yang diberikan kepada kita adalah amanah.

Semoga kita dapat menjaga solat 5 waktu, memperjuangkan Al Aqsa dan memelhara amanah-amanah yang diberikan agar dapat kita laksanakan dengan yang terbaik tanpa mengabaikannya.

Al Faqir Ilallah,
Sdr Solehuddin Shuib
Pengerusi HALUANSiswa Nasional
Shah Alam, Selangor
19 Julai 2010
9 Shaaban 1431

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 9 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday55
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2665
mod_vvisit_counterLast week3253
mod_vvisit_counterThis Month4609
mod_vvisit_counterAll days291573